"siapa yang menjadikan akhirat sebagai pusat perhatiannya, nescaya Allah s.w.t akan membuatnya merasa kaya dalam hatinya,segala urusannya menjadi teratur dan dunia datang kepadanya tanpa perlu mengejarnya. Sementara siapa yang menjadikan dunia sebagai pusat perhatiannya, nescaya Allah s.w.t akan menjadikan kefakiran berada di depan matanya,segala urusannya menjadi kacau dan kepadanya dunia datang sekadar yang telah ditakdirkan baginya"
-hadis riwayat at-Tirmidzi-
Perjalanan hidup yg dimiliki itu kekadang menjadikan diri ini mengenal diri sndiri. Mengenal diri sndiri itu bukan semudah itu dibentuk melalui pngalaman hidup yg paling mudah, hanya melainkan melalui sesuatu pengalaman yg kita sndiri merasaknadelah yg paling keras. Keras dan terlalu berat utk memikulnya. Bukankah emas itu semakin mengilat setelah melalui proses pmbakaran yg berulang2 kali?
Dgn melihat cth yg dekat dlm hidup kita. Makan.Setiap hari manusia memerlukan makanan utk dijadikan sumber kekuatan. Hari demi hari, jika ditanya kpd seorg yg bernama manusia, bhw apa yg dikejar dlm hidup ini adalah demi mncari sesuap nasi demi keluarga. Jawapn yg biasa kita dengari. Namun , adakh di kalangn kita sedar bhw diri kita juga sebnarnya memerlukan makanan rohani tidak cukup sekadar makanan jasmani." Eh aku tak kasi perut aku makan lagi lah malam ni, kesian dia , berbunyi2 dah ". Cuba kita menukarkan ayat ini kpd " eh, aku x beri rohani aku makan lagi lah hari ini". Alangkah indahnya kata2 itu buat diri kita jika itu lebih baik dr mengejar dunia yg tergesa2 ini, bosan dgn bermacam urusan, lelah dgn kesenangan, betapa ramahnya dgn kesunyian.
Wukuf sebentar
Berhenti sejenak. Kekdang proses pengheningan diri itu atau bhs yg mudah difahami " mbawa diri dr kehidupan yg tergesa2 ". Dengan mnjadikan diri dan mbawanya ke suatu perubahan bhw mata hati , dan pkiran itu trjaga, seprtimana wukuf di Arafah. Kekadang kita sbg manusia ini kalah sndiri dgn waktu. Tetapi bukankah hakikatnya hidup ini tak spenuhnya harus dikalah kan oleh waktu yg di atur atas nama kesibukn?
Kesunyian itu sebenarnya tnpa kita sedr mbuatkn kita smakin hmpir dgn Dia, mjelajahi rahsia Dia, memikirkan siapa diri ini yg sbenar dan sberapa bnyak kemuliaan yg Allh beri kpd kita yg kdg2 sering disalah tafsir telah disalah sngka. Berterima kasih kpd Dia.Sudahkan kita berbuat demikian hari ini dan sebelum2 ini? Terima kasih bnyak2 Tuhan atas itu..ini….?
Berapa bnyak dr kita yg mengucap hamdallah smbil brgetar2 ion tubuh kita? Yg bisa dgn tahmid, tasbih, tahlil, takbir itu dpt menggoncang Arasyh nya?
Sedekat dari UratLeher
Jika ditanya, dimana Allah itu? Berasa bimbng dgn prmintaan tidak di dengar walaupun hanya dibisikkan di dalm hati. Ketahuilah Allah itu lebih dekat drpd urat leher seorg hamba.
"Dan sesungguhnya Kami telah mnciptakan manusia dan mengetahui apa yg dibisikkan oleh hatinya. Dan kami lebih dekat kpdnya drpd urat lehernya" Surah Qaff (50) :16
" Dan kepunyaan Allah lah timur dan barat makan kemanapun kamu mnghadap di situlah wajah Allah . Sesungguhnya Allah MahaLuas(RahmatNya) lagi MahaMengehtahui " Surah Al-Baqarah (2) : 115
Doa itu tak semestinya di atas tikar solat..doa itu juga harus selalu di dlm hati. Samada terucap atau tidak terucap percayalah bhw Allah itu sgt dekat. Lebih dekat dr urat leher.. Sangat mndengar apa yg terzahir atau belum terzahir.. Sangat tahu dan sgt melihat.
Hakiktnya tiada satu pun ruang kosong pun dimana Allah itu berada. Bersama sy juga bersama anda. Tuhan itu juga ade didalam hati kita. Kasih syg Tuhan itu dtg pd jiwa yg murni.Cth yg dpt dilihat pd seorg petani menyiapkan batas utk ditanami umpamanya sperti kita yg sedg bersiap sediakn hati kita utk menerima keampunan dr Nya.
MenyibukkanDiri dgn Pengharapan pd Nya
Biar pun kita terpaksa mengambil berpuluh2 thn utk memohon sesuatu drpd Nya. Keyakinan itu perlu disertai bhw doa kita didengari oleh yg MahaPenyayang dan pastu akan dimaqbulkaNya. Di penghujung surah al-Luqman ade menyatakn bhw tiada seorang manusia pun akan tahu apa yg terjadi dlm hidupnya esok.Teruskan berdoa dan jangan penah putus utk meminta drpd Nya. Biar sesuatu itu terlalu berat utk dipikul dan digalas, percayalah bhw disebalik kesedihan itu kita patut bersyukur krn susunan jalan hidup kita disibukkan dengan pngharapan pd Tuhan.
Dan apa yg pastinya yakinlah bhw ujian yg dtg itu bukan dtg percuma semata2 jika diiringi dgn kesabaran. Jika tidak di dunia percayalah di akhirat ganjaran yg lebih besar itu menunggu..
Melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD) - Bahagian 2
NOTA: Panduan berikut adalah sambungan bahagian 1, perkongsian saya berdasarkan pengalaman-pengalaman dan maklumat yang diperolehi sebagai seorang pelajar PhD bidang Sains Komputer di IPTA tempatan (dan masih berjalan). Mungkin boleh digunakan dalam bidang anda dan mungkin tidak. Namun pada asasnya, semua sama (insya'allah) dan boleh dijadikan panduan.
Persediaan-persediaan melanjutkan pengajian (samb.)
2) Persediaan Mental, Fizikal dan Emosi
Sebagai manusia, kita diberi keupayaan dari 3 aspek - fizikal, mental dan emosi. Setiap keupayaan membantu kita mengharungi cabaran hidup. Dan sebagai bakal Sarjana/Doktor Falsafah juga, keupayaan kita dalam tiga aspek ini akan sentiasa teruji. Sebagai persediaan eloklah kita mengetahui cabaran-cabaran yang ada terlebih dahulu supaya kita dapat mempersiapkan diri menghadapinya.
i) Daya tahan
Dari aspek fizikal, pelajar akan kerap diuji dengan beban kerja yang meletihkan. Letih fikiran, mata dan tubuh adalah perkara biasa. Penyelidikan memerlukan kita banyak berfikir, kerana begitu banyak maklumat dan ilmu yang perlu diperoses, diingat, dinilai, diterjemah dan segala macam 'di' yang perlu dilakukan oleh otak. Ada juga penyelidikan yang memerlukan kita meredah hutan belantara, mendaki gunung, dan sebagainya bagi mendapatkan spesimen untuk eksperimen. Ada juga yang terpaksa bersengkang mata 24 jam menunggu keputusan eksperimen. Ada juga yang terpaksa membelek dokumen-dokumen yang beratus jumlahnya untuk dianalisa. Itu belum lagi ditambah bahan rujukan yang tidak terkira jumlahnya dan beban kerja menghasilkan penulisan. Semua ini merupakan antara cabaran fizikal, mental dan emosi yang terpaksa ditempuhi dalam kerja penyelidikan. Dalam tempoh yang singkat mungkin tidak terasa. Tetapi dalam tempoh masa panjang, kesannya pasti terasa jika tidak ada daya tahan. Akibatnya badan jadi letih, mata mengantuk, fikiran hilang fokus (dan mungkin gila?!) kerana bebanan kerja yang menimbun.
Apa yang perlu dilakukan ialah bersedia. Alah bisa, tegal biasa. Apabila kita telah biasa melakukan aktiviti menelaah, berfikir, mencari dan menganalisa bahan dsb., maka semuanya terasa mudah dan tidak membebankan. Samalah seperti seorang ahli bina badan. Beban yang berat memang tidak terpikul pada awalnya. Tetapi dengan berlatih dan membina otot yang lebih kuat, lambat laun beban yang berat itu jadi ringan. Bukan berat itu yang berkurangan, tetapi daya tahan dan kekuatan otot yang bertambah. Begitulah juga dengan keupayaan penyelidik. Jika berlatih selalu, beban itu akan nampak ringan (walaupun hakikatnya berat bebannya masih seperti asal).
Kaedah berguna yang boleh dicadangkan adalah dengan berlatih menulis kertas penyelidikan. Buat satu penyelidikan mudah, dan cuba terbitkan penerbitan yang memerihalkan penyelidikan tersebut. Penyelidikan yang lengkap menyerupai tugas membina tesis. Jika berjaya menerbitkan satu kertas penyelidikan yang lengkap, seolah kita telah menyiapkan satu tesis mini. Bezanya mungkin skop yang lebih kecil, namun boleh dijadikan latihan persediaan. Jika ada kemampuan boleh dibentangkan di seminar atau konferens berkaitan bidang kita. Bagi ahli akademik, penulisan akan dinilai bagi kenaikan pangkat. Kelebihan melakukan latihan ini ialah kita sudah tahu apa yang perlu dilakukan, dan apabila mendaftar sebagai pelajar sudah boleh merancang dan bersedia dengan aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan. Yang lebih penting, mudah-mudahan daya tahan itu sudah ada sedikit sebanyak.
ii) Niat dan matlamat
Sebagai Sarjana/Doktor Falsafah, niat dan matlamat kita mestilah untuk menyumbang kepada khazanah ilmu ('book of knowledge') sedia ada agar dapat dimanfaatkan oleh masyarakat. Niat dan matlamat yang baik perlu ada dalam setiap bakal Sarjana/Doktor Falsafah. Bukan saja berkait dengan soal etika, tetapi keupayaan seseorang untuk melengkapkan pengajiannya mungkin juga hanya tercapai jika dipandu dengan matlamat yang baik.
Ada penyelidikan hari ini yang bercampur-baur dengan penipuan, penyelewengan data, plagiat (menciplak/meniru), penyelewangan peruntukan geran dan pelbagai kesalahan lain. Ini semua berpunca dari kurangnya kepekaan penyelidik terhadap etika penyelidikan dan juga mempunyai kepentingan peribadi. Etika sangat penting dalam penyelidikan. Tanpa etika, bidang penyelidikan akan hilang integriti (kebolehpercayaan) dan masyarakat tidak akan menyambut baik hasil kajian dan penyelidikan. Bahkan kesan lebih buruk ialah hasil daripada penipuan yang digunakan memberi kesan dan mudarat terhadap masyarakat. Misalnya penyelewangan terhadap penyelidikan ubatan/vaksin akan memberi kesan buruk pada kesihatan orang ramai. Tanpa niat dan matlamat yang baik, mudah saja kita terpengaruh untuk melakukan penyelewengan (banyak faktor penyebab - kepentingan peribadi, rasa tamak dsb). Maka sebagai bakal sarjana/Doktor Falsafah, perlu ditekankan bahawa kajian dan penyelidikan kita akan dimanfaatkan oleh masyarakat. Justeru perlu bersedia dengan niat dan matlamat yang baik, supaya penyelidikan terpimpin dengan etika yang baik. Niat dan matlamat ini tidak harus dilupakan sepanjang tempoh pengajian, supaya dapat menjadi pembimbing dan pendorong kita.
iii) Semangat
Dengan beban kerja yang banyak dan meletihkan, seseorang yang lemah semangatnya pasti mudah putus asa. Semangat yang kuat perlu ada bagi seorang bakal Sarjana/Doktor Falsafah. Seperti mana cabaran hidup, bidang penyelidikan tidak kurang cabarannya. Maka hanya dengan semangat yang berkobar untuk menyelesaikan penyelidikan boleh mendorong kita untuk menggapai ijazah Sarjana/Kedoktoran yang diidamkan.
Sepanjang perjalanan penyelidikan akan ada masa di mana semangat kita pasang-surut / turun-naik. Ada masanya naik, ada masa seolah ingin putus asa dan berhenti. Maka bersedialah dengan kaedah-kaedah yang dapat memastikan semangat kita akan sentiasa kuat. Jangan mudah putus asa kerana tanda kegagalan pertama ialah putus asa. Buku-buku berunsur motivasi yang memerihalkan kejayaan penyelidik-penyelidik boleh dijadikan pendorong, seperti buku '20 Tokoh Ilmuwan (Malaysia)' tulisan Siti Ezaleila Mustafa, terbitan Medium Publications, 2009. Mungkin juga kita pernah dengar cerita 'katak yang pekak memanjat tiang' atau kisah 'Pemuda kampung yang menghadapi raksasa bernama 'ketakutan' yang tinggal di puncak gunung'. Moral cerita-cerita ini ialah semangat yang kuat dapat mengelakkan kita terpengaruh dengan godaan dan cabaran yang cuba menghalang kita untuk mencapai matlamat. Cerita-cerita sebegini boleh dijadikan pendorong sampingan kepada motivasi diri. Selain itu rangka kerja yang tersusun dapat memastikan kita tidak hilang fokus dan tumpuan yang biasanya menjadi faktor melemahkan semangat. Penyelia yang berkaliber juga sepatutnya mampu menjadi pemotivasi atau pendorong yang baik. Tetapi jarang yang bertuah sebegitu. Maka sebagai persediaan, kita perlulah berikhtiar sendiri dengan persediaan secukupnya supaya tidak mudah hilang/patah semangat, dan jika berlaku juga perlu ada cara untuk mengatasinya.
vi) Komitmen, dedikasi dan fokus
Selain semangat, komitmen, dedikasi dan fokus sangat berkait rapat kerana saling mempengaruhi. Komitmen dan dedikasi yang tinggi menjamin fokus terhadap matlamat. Manakala fokus yang konsisten dapat mendorong kita sentiasa komited dengan tugas penyelidikan. Timbal-balik antara komitmen dan fokus perlu diberi perhatian. Maka sebagai persediaan, bakal Sarjana/Doktor falsafah perlu sentiasa ada komitmen dan dedikasi terhadap penyelidikan yang kita lakukan. Fokus sepenuhnya kepada tugas menyelidik. Selalunya fokus mudah hilang apabila menemui kegagalan, misalnya kegagalan dalam eksperimen. Maka jangan putus asa dan terus fokus dengan matlamat yang ingin dicapai. Jika tidak, kita akan mudah hilang semangat dan tidak mahu meneruskan penyelidikan.
Persediaan ini juga penting bagi bakal Sarjana/Doktor Falsafah yang sudah berkeluarga atau belajar separuh masa. Ini kerana komitmen kita bukan saja pada penyelidikan, tetapi terpaksa dibahagikan dengan keluarga atau kerja hakiki (kerjaya). Justeru fokus mudah hilang. Manakala bagi yang selain itu, tetap ada cabaran juga kerana bukan sepanjang masa kita melakukan penyelidikan. Aktiviti harian yang lebih menyeronokkan akan mudah menarik tumpuan dan fokus. Maka kurangnya fokus akan mengurangkan komitmen pada penyelidikan. Proses timbal-balik menyebabkan kita lebih hilang fokus dan lambat laun jika dibiarkan akan menjejaskan penyelidikan dan pengajian kita. Justeru bersedialah dengan perancangan yang dapat memastikan kita terus komited dan fokus dengan pengajian.
v) Tekanan perasaan dan stress
Satu fenomena lumrah yang berlaku ialah tekanan perasaan. Bukan bermakna kita akan jadi tidak waras atau gila. Tetapi kerja-kerja penyelidikan yang begitu membebankan akan buat kita mudah tertekan. Dalam keadaan ini, sedikit sebanyak akan menjejaskan kesihatan dan aktiviti sosial kita. Bahkan kita kehilangan mood, hilang semangat dan mudah putus asa. Justeru perlu ada perancangan dan mengenalpasti kaedah yang dapat menghilangkan tekanan. Satu kaedah yang paling mudah ialah melupakan sementara kerja penyelidikan dan lakukan aktiviti yang tidak berkaitan tetapi memberi faedah cth. bersenam/berjoging. Kaedah lain ialah melakukan aktiviti yang menyeronokkan bersama keluarga/kawan-kawan. Apabila hilang tekanan, boleh kembali melakukan kerja penyelidikan. Persediaan dalam mengurus tekanan sangat penting, kerana tekanan yang dibiarkan berlarutan boleh mengundang musibah. Rancanglah apa aktiviti yang mungkin perlu dilakukan untuk menghilangkan tekanan, atau setidaknya bersedia untuk mengawal perasaan ketika tertekan. Bunyinya agak melucukan, tetapi percayalah hal ini sangat serius dan jika tidak dikawal boleh menjejaskan kehidupan anda.
Satu contoh yang boleh dijadikan panduan ialah dengan menonton filem A Beautiful Mind, lakonan Russell Crowe. Ceritanya berdasarkan kisah benar penerima anugerah Nobel Prize bidang ekonomi, John Forbes Nash Jr. yang mengalami halusinasi yang teruk dan menakutkan. Akibatnya dia mengalami tekanan emosi. Yang boleh dicontohi adalah bagaimana beliau mengawal tekanan emosi yang disebabkan halusinasinya. Lama-kelamaan dia boleh mengawal perasaannya dan dapat menerima halusinasi di dalam pemikirannya sebagai sesuatu yang biasa dan tidak lagi menakutkan (lebih kuranglah sinopsisnya). Ini adalah satu contoh kaedah menangani tekanan perasaan. Bagaimanapun ada pelbagai alternatif lain yang boleh dilakukan seperti yang dinyatakan sebelumnya.
Senarai yang dibincangkan mungkin hanya sebahagian dari cabaran-cabaran yang perlu ditangani sepanjang tempoh pengajian. Namun ia tidak sepatutnya melemahkan semangat kita untuk menghadapinya. Sudah ramai yang melaluinya dan dapat mengatasi cabaran-cabaran berkenaan. (Walaupun ada yang gagal, itu bukan alasan untuk turut gagal). Mengetahuinya sedikit sebanyak membolehkan kita bersedia.
3) Persediaan Intelektual
Penyelidikan keseluruhannya merupakan satu kerja intelektual. Ia memerlukan kebijaksanaan dalam pelbagai aspek, dan matlamatnya juga untuk menyumbang ilmu baharu. Bukan saja fikiran dan mental yang sihat, bahkan pemikiran yang matang dan berkembang sangat diperlukan oleh seorang penyelidik. Justeru panduan persediaan berikutnya ingin membantu bakal Sarjana/PhD dari aspek intelektual supaya cukup bijak untuk memulakan dan melengkapkan pengajian. 'Bijak' bukan bermaksud sekarang kita tidak bijak. Tetapi bidang penyelidikan memerlukan kita melakukan banyak tugas ilmiah, dan dengan memahaminya dapat memastikan kejayaan dalam pengajian. Justeru apakah tugas berkaitan ilmiah yang biasa dilakukan? Inilah yang dibincangkan seterusnya.
i) Kenalpasti dan dalami bidang kajian
Sebelum memulakan pengajian, kita perlu kenalpasti bidang penyelidikan yang ingin kita lakukan. Ini adalah sebagai pendedahan awal kepada tugas yang bakal dilakukan. Penyelidikan semasa pengajian Sarjana/PhD bukannya boleh dilakukan secara 'bidan terjun'(add-hoc). Mungkin bagi genius bolehlah. Tetapi berapa ramai yang genius atau bernasib baik? Pengajian Sarjana/PhD memerlukan persediaan dan perancangan yang teliti (tak kisahlah walaupun belum rapi, kerana boleh diperkemaskan kemudian). Salah satu perancangan yang penting ialah memahami penyelidikan yang ingin dilakukan. Untuk memahami bidang penyelidikan, perlu kenalpasti dahulu. Kemudian bolehlah dikaji dan difahami dengan mendalam.
Cuba dapatkan bahan-bahan rujukan yang boleh membantu anda mengenalpasti bidang penyelidikan yang berpotensi/boleh dilakukan. Jika boleh kenalpasti juga pakar-pakar yang terlibat dalam bidang terbabit. Dan jika boleh lagi, cuba hubungi pakar-pakar terbabit dan dapatkan khidmat nasihat mereka (jika boleh la). Nasihat dan penerangan dari pakar-pakar ini boleh membantu kerana mereka arif tentang bidang terbabit, termasuklah mengenai potensi dan masalah yang wujud. Kenalpasti bakal penyelia dan dapatkan panduan dari mereka. Jika mereka sanggup membantu (lihat jawapan/layanan mereka), ini boleh menjadi 'first impression' bahawa mereka sedia membantu kita dan cukup kaliber untuk menyelia dengan baik kelak. (kalau dengan individu tak dikenali pun mereka layan, apatah lagi pelajar yang memang di bawah seliaan mereka!) Apabila bidang yang berpotensi telah dikenalpasti, maka lebih mudah untuk membuat rujukan selanjutnya kerana skop sudah lebih kecil.
ii) Banyak membaca
Pembacaan sangat penting. Lagi banyak kita baca, lagi banyak kita tahu. Lagi banyak kita tahu, lebih mudah untuk membuat keputusan, analisis dan kesimpulan. Proses berfikir manusia ialah menggunakan maklumat-maklumat yang sudah tersimpan di dalam otak. Pembacaan yang luas bermakna lebih banyak maklumat yang boleh digunakan untuk berfikir. Pembacaan adalah satu alternatif dalam proses pembelajaran. Walau bagaimanapun, membaca adalah sumber pembelajaran yang terbaik kerana bergantung sepenuhnya kepada diri sendiri. Kita boleh baca sebanyak mana yang kita suka, tidak kira masa dan tempat. Apatah lagi jika pembacaan boleh dilakukan dengan pantas. Berbanding belajar daripada individu, alat pandang-dengar dan sebagainya.
Dalam pengajian Sarjana/PhD, kita bergantung sepenuhnya kepada maklumat yang kita ada. (apa yang kita tahu.) Lebih banyak yang kita tahu, maka mudah untuk kita menjalankan penyelidikan. Misalnya kita tahu masalah-masalah yang wujud dalam bidang terbabit, dan dengan ilmu yang kita tahu, kita boleh menjana/merangka model penyelesaian terbaik dan sekaligus memungkinkan kita menyelesaikan masalah. Apabila masalah yang dijadikan objektif pengajian berjaya diselesaikan, maka sudah selesai separuh perjalanan kita untuk mencapai ijazah Sarjana/PhD. Selebihnya cuma perlu siapkan tesis dan bersedia untuk viva/penilaian (bagi tesis). Tetapi jika kita kurang membaca dan semata-mata mengharapkan orang lain untuk mengajar kita, maka dinasihatkan jangan buat penyelidikan. Ini kerana sikap malas membaca petanda awal kegagalan. Disebabkan tempoh pengajian yang terhad, maka sebaiknya perbanyakkan pembacaan sebelum mula pengajian kerana selain membantu kita bersedia, kita juga dapat jimat masa. Ini kerana masa yang sepatutnya digunakan untuk pembacaan (dinamakan rujukan literatur) sudah boleh digunakan untuk tugas penyelidikan yang lain.
iii) Aktiviti selain membaca - menulis, menganalisis, mengkritik, membuat pemerhatian, membuat kesimpulan
Pelbagai kemahiran diperlukan oleh pelajar Sarjana/PhD, dan antara yang terpenting adalah kemahiran berkaitan intelektual - membaca, menulis, menganalisis, mengkritik, memerhati (membuat pemerhatian) dan membuat kesimpulan.
Seperti yang dibincangkan di atas, membaca memang sangat penting kerana itulah sumber ilmu terbanyak kepada penyelidikan kita. Namun ada yang lebih penting, iaitu menulis. Peranan penyelidik selain mengkaji, ialah menyumbang kepada khazanah ilmu melalui penulisan. Jika kita tidak menulis sesuatu daripada kajian kita, bagaimana kita hendak mengembang dan menyebarkannya kepada masyarakat? (boleh juga melalui seminar, ceramah dsb. Tetapi sifat ilmuan begitu akrab dengan penulisan). Maka menulis itu satu kemahiran yang perlu ada. Berlatihlah dari sekarang dengan mendalami bidang penulisan, khususnya yang bersifat saintifik. Penulisan saintifik berbeza dengan penulisan fiksyen atau bahan sastera lain, kerana penulisan saintifik mementingkan fakta dan membentangkannya dalam format yang standard. Ini memudahkan komuniti saintis berkongsi fakta, idea dan sebagainya. Selain itu, kita juga boleh menyertai bengkel atau seminar penulisan penyelidikan, kerana ia dapat memberi pendedahan kepada keperluan selain kemahiran menulis. Antaranya panduan menerbitkan penulisan, memilih bahan untuk penulisan dan sebagainya.
Kemahiran menganalisis juga wajib bagi penyelidik. Ini kerana dalam proses menyelidik, kita bergelumang dengan sekian banyak bahan ilmiah dan maklumat. Namun bukan semuanya berguna. Skop penyelidikan sangat luas, dan bidang kita mungkin hanya sebahagian kecil daripadanya. Maka semua bahan dan maklumat perlu dianalisis, ditapis dan maklumat yang tidak penting untuk penyelidikan kita perlu diketepikan. Tugas menganalisis memerlukan kebijaksanaan dan ilmu pengetahuan yang luas. Jadi pembacaan yang luas dapat membantu, manakala apabila kita sudah biasa menulis kita dapat membuat analisis dengan mudah kerana menulis melatih kita menganalisis bahan untuk penulisan.
Keupayaan mengkritik secara kritis juga penting. Dengan mengkritik kita bukan saja dapat menyumbang pembaikan atau idea kepada orang lain tetapi juga diri sendiri. Bahkan kita boleh mengkritik diri sendiri. Mengkritik secara rasional memerlukan kita mencari kelemahan-kelemahan di dalam penyelidikan. Ini bukan satu tugas mudah. Melalui cubaan mengkritik, kita akan dapat mengungkapkan kelemahan-kelemahan yang wujud dan mungkin terlepas pandang, sekaligus dapat melakukan pembaikan.
Pemerhatian pula bukan boleh dilakukan suka-suka atau sambil lewa. Jika tidak, mungkin ada perkara-perkara penting yang terlepas pandang dan terbazir begitu saja. Hasil pemerhatian yang baik akan membantu kita membuat kesimpulan yang baik. Maka kemahiran memerhati secara teliti penting bagi penyelidikan. Adakala kita hanya perlu perhatikan benda/ciri yang penting saja, tetapi selalunya yang penting itulah yang kita abaikan. Seperti ungkapan watak Sherlock Holmes, "You see. But you do not observed" - dalam 'A scandal in Bohemia' ("anda melihat, tetapi tidak memerhati").
Daripada hasil eksperimen/kajian, penyelidik perlu membuat kesimpulan. Kesimpulan inilah yang dianggap sebagai ilmu baharu. Kesimpulan yang baik bergantung kepada kebijaksanaan penyelidik menilai hasil eksperimen/kajian. Adakala penyelidik membuat kesimpulan yang salah, walaupun hasil eksperimen/kajian sebenarnya sudah tepat. Maka penyelidik perlu berhati-hati semasa membuat kesimpulan. Sebagai panduan, watak Sherlock Holmes mengungkapkan, "I have no data yet. It is a capital mistake to theorize before one has data. Insensibly one begins to twist facts to suit theories, instead of theories to suit facts. But the note itself. What do you deduce from it?" dalam 'A scandal in Bohemia' ("Saya belum ada data lagi. Adalah satu kesilapan besar membuat teori sebelum mempunyai data. Tanpa disedari, seseorang akan memutarbelit fakta supaya sesuai dengan teori, berbanding sebaliknya (yang sepatutnya). Nota itu. Apa yang kamu dapat simpulkan daripadanya?").
iv) Berdiskusi (berbincang) dan menghadiri seminar (membentang, mendengar pembentangan)
Penyelidikan sebenarnya bukanlah aktiviti perseorangan, sebaliknya adalah aktiviti berkumpulan. Ini kerana kita memerlukan rakan penyelidikan sama ada untuk berbincang tentang penyelesaian masalah, mencari idea, mendapatkan maklumbalas dan kritikan, membentangkan hasil penyelidikan, mendapatkan bantuan dalam tugas penyelidikan dan banyak lagi keperluan lain. Semua keperluan ini bukanlah tugas perseorangan. Mungkin boleh dilakukan berseorangan, tetapi hasilnya pasti bukan yang terbaik. Melalui aktiviti penyelidikan secara berkumpulan/dalam komuniti boleh membantu mempercepatkan perkembangan penyelidikan sama ada yang khusus dengan kita atau kepada bidang terbabit secara keseluruhan.
Berkumpulan tidak hanya terhad di kalangan penyelidik yang setempat dengan kita. Kita juga mungkin perlu bersemuka dengan penyelidik dari tempat-tempat yang jauh. Satu peluang yang ada adalah dengan menghadiri persidangan/seminar. Sebagai penyelidik adalah penting untuk kita menyertai persidangan/seminar - sama ada sebagai pembentang mahupun sekadar mendengar pembentangan penyelidik lain. Antara faedah membentangkan hasil penyelidikan ialah: (a) kita boleh menghebahkan kajian kita untuk dimanfaatkan oleh penyelidik lain; (b) kita boleh mendapatkan maklumbalas dan kritikan; (c) menambah bilangan penerbitan penyelidikan sebagai portfolio penyelidikan kita dsb. Manakala sebagai pendengar/penonton yang menghadiri seminar, kita: (a) dapat mengetahui perkembangan penyelidikan dalam bidang kita; (b) dapat bersemuka dengan penyelidik lain yang mempunyai minat penyelidikan yang sama; (c) dapat mengadakan rangkaian dengan penyelidik lain; (d) dapat bertukar pendapat dan idea dengan penyelidik yang berada jauh dari kita; (e) dapat menyumbang idea dan kritikan kepada komuniti penyelidikan (ini juga satu sumbangan) dan banyak lagi kelebihan lain. Penyertaan seminar memerlukan kos yang agak besar, dan sebagai pembentang juga perlu menulis kertas penyelidikan untuk dimasukkan di dalam prosiding. (Prosiding ialah dokumen yang menyenaraikan semua penyelidikan yang dibentangkan dalam seminar/persidangan/konferens terbabit.) Maka persediaan seperti wang peruntukan/geran dan kemahiran penulisan sangat diperlukan juga.
v) Jana pemikiran kreatif
Sebagai penyelidik, daya kreativiti juga menjadi penentu kejayaan. Ini kerana penyelidikan ialah usaha menyelesaikan masalah, dan adakala kita perlu mencuba pelbagai kaedah penyelesaian sebelum satu kaedah yang tepat ditemui. Begitupun kaedah penyelesaian itu belum tentu yang terbaik. Maka penyelesaian yang terbaik masih boleh dicari. Melalui daya kreativiti, kita boleh cuba mencari/mencipta pelbagai kaedah dan alternatif penyelesaian kepada sesuatu masalah. Adakala kita juga akan menemui jalan buntu semasa melakukan tugas penyelidikan. Pada ketika ini daya kreativiti dapat membantu kita mencari jalan keluar daripada kebuntuan. Ini sekaligus menghindarkan kita daripada rasa putus asa dan kegagalan.
Pemikiran kreatif sebenarnya boleh dilatih. Ianya tidak bergantung kepada bakat semulajadi semata-mata. Cuma mungkin bagi si A, perlu berlatih lebih berbanding si B, dan sebaliknya. Maka cubalah jana pemikiran kreatif dari awal. Mudah-mudahan sedikit-sebanyak dapat membantu semasa tempoh pengajian. Cubalah aktiviti yang melatih pemikiran kreatif, seperti bermain Lego (ia adalah permainan untuk orang dewasa juga!). Anda boleh juga berlatih berimaginasi, melukis atau apa saja aktiviti yang dirasakan memerlukan pemikiran kreatif. Penyelidikan bergantung kepada idea. Perbanyakkanlah idea dengan menjananya sendiri (pemikiran kreatif) atau melalui aktiviti seperti pembacaan, pemerhatian/pencerapan, perbincangan dan sebagainya.
Semoga apa yang dikongsikan kali ini dapat dijadikan panduan seterusnya untuk menjadi bakal Sarjana/PhD yang terbaik.
Akan Datang (Insya'allah): Bahagian seterusnya - 4) Persedian dari aspek sosial, dan 5) Topik khas berkaitan asas penyelidikan.
Kita manusia sering mendambakan kebahagiaan, tidak merasa cukup dengan apa yg ada dan hadir di depan mata kita. Merasa keistimewaan yg dimiliki oleh org lain itu ade lah yg terbaik jika kita turut memilikinya sama. Dengan melupakan bahawa apa yang hadir dalam susunan hidup kita itulah sebenarnya yang terbaik Allah beri utk kita. Terlalu mudah mentafsir kehidupan ini?
Meletakkan jodoh kebahagiaan segala2 nya
Jodoh yg sering diharap2 kan dalam kehidupan kita tatkala tiba satu peringkat umur dan waktu yang dirasakn perlu baginya utk menikmati istilah jodoh yang bakal hadir dan bakal menghiasi kehidupanya. Dengan merasa sedih jika tiada org yang mahu kan dirinya utk di di ambil sebagai suami/isteri.Sedikit demi sedikit berperasaan mula menyalahkan takdir bahawa ada kekurangan dalam dirinya yang menyebabkan jodoh itu lambat tiba tidak seperti org lain.
Sy mengambil satu contoh. Jodoh ini seperti menunggu jambatan utk smpai ke seberang. Sekiranya panjang jmbtan itu, maka lambatlah kita utk smpai ke seberang sana. Ada org yg jodohnya begitu mudah dan cepat jalanya utk smpai. Usia 25 tahun itu rasanya bgi sy belum cukup lewat dan bukanlah terlalu lewat seperti yang biasa kita dengarkan2. Dan utk usia 35 thn itu belum apa2 rasanya andai sepanjang usianya utk smpai ke angka 35 thn itu telah dilakukan utk membina kecemerlangan dan berbakti kepda ibu bapa, agama, kampong.
Terlalu mntafsir kehidupan ini dgn menyangka , aku pasti bahagialah kalau aku dapat yg ini, dpaat yg itu. Hakikatnya kita akan dibelenggu masalah dengan mndpt apa yg kita inginkan itu..
Contoh lain dgn melihatorg lain memandu kereta mewah dan terdetk di hati kita utk turut memilikinya sama..Hakikatnya apabila kita memiliki kereta trsebut , kita akan ditimpa pelbahgai lagak dan karenah yang amat menyusahkan. Tidak mustahil juga akn berlaku pd org yg memandu kereta mewah trsebut(walaupun xdelah mewah sgt tapi terpaksa membyar lebih bila mana berhnti di tepi jalan dan terpaksa membyar 2 kali lebih gnda dgn durian yg di belinya berbnding dgn org yg membeli harga biasa)
Dgn memerhatikan cth lain, sekiranya kita trperangkap dlm kesesakan jalan raya. Motosikal yang lalu di tepi anda dpt melalui celah2 kereta, lori hingga mamou jauh smpai ke hdapan. Kita ni yang memandangnya pun mengeluh dgn penuh rasa iri hati, kalau lah aku dpt menunggang motosikal trsbut dan dpt smpai ke tempat yg aku kehndaki dgn cepat dan mudah.. Padahal si penunggan motosikal itu memikirkan bila lah dpt memandu kereta di tengah2 bandaraya ni..
Lihat, sedarkah kalian semua bahawa apa disangka bg kita itu benar2 akan membuatkan kita bahagia. Bhagianya mungkin ada tapi tidak kekal lama dan derita juga turut disertai saama..Dan setiap perkara yg itu terselit kebaikan dan keburukanya.
Keindahan yg sementara
Alam perkahwinan adalah sebaik2 perkara kerana dibenarkan dlm agama, sunnah, saluran yg btul utk melepaskan syahwat di smping membina semnagt , siasah dan sebagainya danramai juga kita lihat dengan alam perkahwinan itu juga membuatkan ada yg tak terurus dgn kehidupan mereka.
Ramai org yg menempahnya setelah melangkah kaki kea lam rumahtangga, bukan sekadar bpegang bahawa dgn perkahwinan akan menghalakan hubungan kelamin semata2 tetapi hakikat bhw dgn perkahwinan bnyak tanggungjwb yg perlu di pikul. Bukankah jika kita gagal membinanya akan menyebabkan dosa seterusnya menempah ke neraka?
Berapa ramai yg kita dgr hari ini menyesal dgn kehidupan mereka? Masing2 yg dahulunya bermati2 an mengakui menicntai sehidup semati dan sanggup berkorban apa shj asalkan impian mereka tercapai.
Daya keupayaan dan kemampuan
Jika tidak sanggup utk bergelar isteri/suami tidak usahlah berkahwin dahulu. Jika meraskan diri ini tak perlu cukup ilmu utk bergelar emak atau abah. Belajarlah dahulu. Jika merasakan belum bersedia utk sabar dgn karenah anak2, carilah dahulu kesabaran itu. Jgn berkahwin dahulu sbb kenyataanya ramai yg tidak bersedia utk melangkah ttp telah melompat jauh yg akhirnya jatuh trjerumus dan tidak jumpat akar brpaut ketika cuba utk mandaki..
Perkahwinan itu nikmat bagi yg benar2 memahaminya
Berkahwin itu mnjanjikan pahala tidak putus2 bg yg mnjdikanya medium utk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan mnjdikan syurga itu sbg matlamat. Dengan merasakn perkahwinan itulah sempadan dr ketidaksempurnaan insan kpd kesempurnaan insan- dedicate bg sesiapa yg mengetahui rahsiaNya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabinya, bukan berkahwin kerna perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terllau dirisaukan, tiba masanya ia akan dtg menjemput, namun perlu juga anda membuka lorongnya agar jemputan itu mudah smpai dna tidak terhalang.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan itu dalm lewat doa2 solat. Allah itu Maha mndengar bisikan dan permintaan hambaNya. Percayalah bhw lelaki yg baik itu hanyalah utk permepuan yg baik2 dan bgtulah sebaik2nya. Biar lmbt joodh itu kita asalkan mdpt Mr.Right yg dpt membimbingkan kita ke syurgaNya dan cintaNya. (mudah2an..)
Fikirkan ayat ini :
Kita bukan bertemu dengan orang yg salah, tetapi kita hakikatnya diberikan oleh Allah ilmu berharga yg tidak semua orang boleh merasakannya. oleh itu bersyukur dan selalu bersangka baik kpd Allah.
Haid merupakan salah satu bentuk kurniaan dan nikmat dari Allah kepada kaum Hawa.. Kewujudan darah haid pada wanita tersebut merupakan tanda bahwa keupayaan wanita trsebut utk memiliki keturunan.. Terdapat sebilangan dari kalangan kita mempunyai kekeliruan terhadap darah haid (darah kebiasaan wanita). Di sini, cuba untuk menjelaskn sedikit sebnyak mengenai kekeliruan yang di hadapi. Moga mndpt istifadah bersama.
Kekeliruan antara haid dan istihadah.
Kebiasaanya darah istihadah mempunyai zatnya yg tersndiri dan tidak sama dengan haid yg biasa di alami oleh wanita. Istihadah sebenarnya adelah sejenis darah penyakit yg menimpa kaum hawa dari perbuatan syaitan yang ingin menimbulkan keraguan dan syak wasangka dlm pelaksanaan ibdah kita kepada Tuhan. Jelas dpt dilihat melalui:
Kata Al Imam As Shan’ani dalam SubulusSalam (1/159): “Makna sabda Nabi: (’Yang demikian hanyalah satu dorongan/gangguan dari syaithan’)
” Al Imam As Shan’ani melanjutkan: “Hal ini tidak menafikkan sabda Nabi yang mengatakan bahwa darah istihadlah dari urat yang dinamakan ‘aadzil karena dimungkinkan syaithan mendorong urat tersebut hingga terpancar darah darinya.” (SubulusSalam 1/159)
Bagaimana utk membezakanya?
Sebenarnya jika kita ingin membuat perbezaa antara darah hadi dan istihadah adalah darah haid merupakan darah yg di alami wanita yg normal dan asal nya keluar dr rahim , manakala istihadah keluar kerana pecah uratnya. Selain itu, kita dapat lihat bahawa, darah haid umumnya hitam dan merah pekat sedangkan darah istihadah umumnya merah cair atau merah segar.
Zat darah haid juga lebih kental berbanding darah istihadah adalah sebaliknya dan bau untuk darah haid lebih berbau berbanding dengan darah istihadah
Berdasarkan ucapan NabiShallallahu ‘Alaihi Wa Sallam kepada Fathimah bintu AbiHubaisy, “Apabila darah itu darah haid maka dia berwarna hitam yang dikenal. Apabila demikian berhentilah dari shalat. Namun bila bukan demikian keadaannya berwudlulah dan shalatlah karena itu adalah darah penyakit.” (HR.Abu Daud, An Nasa’i, dan lain-lain. Dishahihkan oleh As Syaikh Al Albani rahimahullaah)
Maroji3:
1. Darah yang MenimpaWanita, [MUSLIMAH Rubrik Kajian Kita Edisi 37/1421 H/2001 M], UmmuIshaqZulfaHuseinAlAtsariyyah.
2. Istihadlah, [MUSLIMAH Edisi 41/1423 H/2002 M RubrikKajianKita ]., UmmuIshaqZulfaHuseinAlAtsariyah.
3. Risalah fi Ad Dima’ AthThabi’iyyahlin Nisa’ (Terj. DarahKebiasaanWanita), SyaikhMuhammad bin ShalihAlUtsaimin.
4. DarahKebiasaanWanita, rekaman dauroh, al UstadzIbnuYunus.
Kesamaran yang timbul membelenggu di dalam diri? Menyusuri permasalahan nilai solat kita adakah cukup sebagai benteng kepada diri dalam bertaamul anatara lelaki dan perempuan? Benteng dalam menyusuri hari2 kehidupan yang dirasakan sudah tinggi nilai solat kita?
Jangan gunakan nama Islam jika mahu bertentangan dgn syarak.
Dengan memandangn kepada fenomena lain yg sy rasa sedang menular dgn aktifnya dalam jiwa remaja kita hari ini..
" Saya ada makwe/ pakwe, tapi dalam masa yang sama saya tidak pernah meninggalkan perintah Tuhan, saya selalu ingatkan makwe/ pakwe sy supaya taat pada perintah Tuhan. Intipati mesej2 kami sentiasa berunsur dakwah dan islam, tidak pernah keluar dari landasanya, dan adakah itu salah? "
Semakin ramai remaja hari ini yg ingin mempertegakkan prinsip mereka bahawa cinta mereka adalah suci kerana mereka ber’sms’ hal-hal iman dan amal, sedangkan yang terangsang bukanlah keinginan untuk beribadah, tetapi gelodak nafsu yang licik menipu.contoh : seorang muslimah yg bertudung labuh dan berjubah yg amat menyayangi kekasihnya pada pkul 3pagi telah menghantar sms kepada kekasihnya utk mengerakkan supaya bangun solat tahajud,memperbanyakkan bacaan alquran.
Bayangkan hubungan yg sebegini bertopengkan atas nama islam dan pakaian islam? Lelaki dan perempuan yang baik bukanlah yang memakai kosmetik Islam tetapi pada kekuatan menghalang diri dari saling mengotorkan pasangan dengan maksiat.Rentetan kpd alam rumahtangga yang dibina selepas banyak kemaksiatan dan keterlanjuran, akan dihukum oleh Allah dengan perasaan syak wasangka yang bakal menyelubungi perkahwinan itu. Masing-masing telah berjaya membuktikan bahawa Allah ‘telah kalah’ dalam perhubungan itu.
Bagaimana pula menahan nafsu itu agar berikhlas dlm amalan solat itu?
Ibadat di dalam islam itu tidaklah setakat dituntut gambaran atau bentuknya sahaja.Yang dituntut di dalam agama islam itu sndiri ialah maksud dan makna ibadah itu bersama2 dgn perlaksanaanya. Tidak bermakna solat seseorang itu jika dia tidak dapat membendung perbuatan keji dan mungkar.
Contoh lain yg boleh memberikan status yg sama atas kesamaran ini seperti puasa.Tidak berfaedahnya puasa seseorg itu jika org berpuasa itu tidak meninggalakan perkataan sia2 dan dusta ketika mana dia berpuasa. Tapi tidak bermaksud bhw jika buah2 atau hasil2 dr ibadat yg kita kerjakan tidak peroleh maka,kita tidak perlukan utk melakukan ibadat.Tidak! apa yg dimaksudkan di sini adelah, menahan nafsu itu agar berikhlas dalam amalan itu dlm mewujudkan apa yg dituntut dr ibadah tersebut..
Allah berfirman:
"Dan tidaklah mereka diperintah kecuali agar mereka hanya beribadah/menyembah kepada Allah sahaja, mengikhlaskan keta'atan pada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan hanif (lurus), agar mereka mendirikan sholat dan menunaikan zakat, demikian itulah agama yang lurus". (Surat Al-Bayyinah:5).
Al Imam Ahmad berkata, "Sesungguhnya kualiti keislaman seseorang adalah tergantung pada kualiti ibadah solatnya. Kecintaan seseorang kepada Islam juga tergantung pada kecintaan dalam mengerjakan solat. Oleh karena itu kenalilah dirimu sendiri wahai hamba Allah! Takutlah kamu jika nanti menghadap Allah Azza Wa Jalla tanpa membawa kualiti keislaman yang baik. Kerna kualiti keislaman dalam hal ini ditentukan oleh kualiti ibadah solatmu" (Ibn al Qayyim, ash Sholah, hal 42 dan ash Sholah wa hukmu taarikihaa, hal 170-171)
Maka, hijrahlah..
Hijrahlah dan realisasikan janji Tuhan bahawa sebenarnya solat itu sebenarnya adelah benteng dan pagar pada diri kita untuk melakukan drpd melakukan perkara yg keji dan mungkar.. Muhasabah kembali,lihat dan check sejauh mana solat yg kita telah lakukan selama ini atau mungkin solat yg kita lakukan di akhir waktu itu atau pun mungkin solat yg kdg2 kalu rajin kita lakukan,kalu malas kita tidak lakukan itu dapat menahan diri kita,gelodak nafsu kita, hati kita yg ia merupakan pagar yg Allah telah pagarkan pd diri kita agar tidak melakukan perkara2 mungkar atau sekadar pintu pagar yg boleh dibuat lubang kemudian hari esok semula ditutup dan kemudian dibuat lubang semula. Tepuk dada, tanya iman kita~
Berlari mendapatkan akal yang rasional. Jangan biarkan ia pergi ditelan amarah yang membuak. Demi untuk mendapatkan jawapan untuk merungkai kepada kekusutan. Mempersoalkan, mengapa begini pengakhiranya, mengapa begitu jadinya. Adakah kita ini termasuk dalam golongan yang sering rugi? Tidak bernasib baik sperti org lain? Allah tak sayangkan aku kah?
Zuruf kita berbeza
Abu BakarAl-Muzanni berkata : AbuBakar tidak mengatasi sahabat-sahabat Muhamaad s.a.w yg lain dengan puasa atau solat tetapi dengan sesuatu yang ada di dlm hatinya." Katanya : " Adapun yg berada di dalam hatinya ialah kecintaan kepada Allah dan menunaikan nasihat kpd para hambanNya..
Merungkai kata-kata di atas dengan ayat yang lebih mudah difahami : siapa yang mengenal dirinya maka dia akan mengenal Tuhanya. Keadaan kita semua berbeza, kita tidak boleh menjadi orang lain, begitu juga mereka tidak boleh menjadi kita.. Allah menjadikan kita dengan fungsinya tersendiri, dengan kelebihanya yang tersendiri, jalan2 menujuNya serta jalan2 yang tersedia untuk ke syurga. Dengan fungsi yang dapat membentuk kita ke arah jalan yang telah tersedia Allah jadikan untuk kita. Susunan kehidupan yang telah ditetapkan oleh Nya. Bertindak di atas sesuatu perkara dengan berpucuk pangkal kan rendah diri dengan pintu hati yang sentiasa terbuka, bukan terkunci dengan mengikut ego diri.
Ada mereka yang ingin berperang, jihad, syahid tika mana menentang musuh islam. Tetapi, rupa2 nya Tuhan memberi dia dengan jalan yang lain. D engan berbakti kepada kedua ibu bapanya yang masih hidup. Jalan yang berbeza. Tapi, natijahnyajelas sama, balasan syurga juga dr Allah.(mudah2 an..ensyaAllah)
Ada pula keadaan di mana hamba yang Allah jadikan dia untuk berdakwah ke sana ke mari, siang malam, tidak mengira waktu. Kewujudan insan lain yang memandangnya dan mengharapkan ingin berada di zuruf yang sebegitu juga. Tapi rupa2 nya Allah memberi dia dengan jalan dakwah dalam bentuk yang lebih berbeza. Dengan mengurniakan perilaku dan akhlak yang mulia, santun, sehingga pada mereka yang memandang kepada dirinya akan berasa selesa dengan dirinya dan menjadikan dia sebagai ikutan dengan sentiasa mendekati dirinya agar mendapat istifadah dari dirinya. Maka, akhirnya terdakwahlah mereka tanpa dia sedar.
Dambakan natijah yang sama.
Apa yang penting adalah bukan bentuk jalan itu sendiri. Tetapi kesudahan dan natijah yang kita dambakan dr Nya. Susuri jalan kehidupan dengan penuh rendah diri dengan menanamkan pada diri kampung akhirat itu lah matlamtnya.
Apa yang pasti, siapa pun diri kita ini, Allah itu tidak jadikan dengan sia2. Perform lah yang terbaik dari apa yang Allah telah jadikan untuk kita demi Dia jua tempat yang kita akan kembali. Pasti.
Masukkan derma anda ke dalam akaun: Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia Bank Islam Malaysia Berhad Nombor akaun: 12113010005797 - Aman Palestin Berhad Bank Islam Malaysia Berhad Nombor akaun: 12029010047880 Maybank Malaysia Berhad Nombor akaun: 562263010787 Pertanyaan : 03-89267019