Ahad, 21 Jun 2009

Nilai solat kita..


Kesamaran yang timbul membelenggu di dalam diri? Menyusuri permasalahan nilai solat kita adakah cukup sebagai benteng kepada diri dalam bertaamul anatara lelaki dan perempuan? Benteng dalam menyusuri hari2 kehidupan yang dirasakan sudah tinggi nilai solat kita?

Jangan gunakan nama Islam jika mahu bertentangan dgn syarak.

Dengan memandangn kepada fenomena lain yg sy rasa sedang menular dgn aktifnya dalam jiwa remaja kita hari ini..

" Saya ada makwe/ pakwe, tapi dalam masa yang sama saya tidak pernah meninggalkan perintah Tuhan, saya selalu ingatkan makwe/ pakwe sy supaya taat pada perintah Tuhan. Intipati mesej2 kami sentiasa berunsur dakwah dan islam, tidak pernah keluar dari landasanya, dan adakah itu salah? "

Semakin ramai remaja hari ini yg ingin mempertegakkan prinsip mereka bahawa cinta mereka adalah suci kerana mereka ber’sms’ hal-hal iman dan amal, sedangkan yang terangsang bukanlah keinginan untuk beribadah, tetapi gelodak nafsu yang licik menipu.contoh : seorang muslimah yg bertudung labuh dan berjubah yg amat menyayangi kekasihnya pada pkul 3pagi telah menghantar sms kepada kekasihnya utk mengerakkan supaya bangun solat tahajud,memperbanyakkan bacaan alquran.

Bayangkan hubungan yg sebegini bertopengkan atas nama islam dan pakaian islam? Lelaki dan perempuan yang baik bukanlah yang memakai kosmetik Islam tetapi pada kekuatan menghalang diri dari saling mengotorkan pasangan dengan maksiat.Rentetan kpd alam rumahtangga yang dibina selepas banyak kemaksiatan dan keterlanjuran, akan dihukum oleh Allah dengan perasaan syak wasangka yang bakal menyelubungi perkahwinan itu. Masing-masing telah berjaya membuktikan bahawa Allah ‘telah kalah’ dalam perhubungan itu.

Bagaimana pula menahan nafsu itu agar berikhlas dlm amalan solat itu?

Ibadat di dalam islam itu tidaklah setakat dituntut gambaran atau bentuknya sahaja.Yang dituntut di dalam agama islam itu sndiri ialah maksud dan makna ibadah itu bersama2 dgn perlaksanaanya. Tidak bermakna solat seseorang itu jika dia tidak dapat membendung perbuatan keji dan mungkar.

Contoh lain yg boleh memberikan status yg sama atas kesamaran ini seperti puasa.Tidak berfaedahnya puasa seseorg itu jika org berpuasa itu tidak meninggalakan perkataan sia2 dan dusta ketika mana dia berpuasa. Tapi tidak bermaksud bhw jika buah2 atau hasil2 dr ibadat yg kita kerjakan tidak peroleh maka,kita tidak perlukan utk melakukan ibadat.Tidak! apa yg dimaksudkan di sini adelah, menahan nafsu itu agar berikhlas dalam amalan itu dlm mewujudkan apa yg dituntut dr ibadah tersebut..

Allah berfirman:
"Dan tidaklah mereka diperintah kecuali agar mereka hanya beribadah/menyembah kepada Allah sahaja, mengikhlaskan keta'atan pada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan hanif (lurus), agar mereka mendirikan sholat dan menunaikan zakat, demikian itulah agama yang lurus". (Surat Al-Bayyinah:5).

Al Imam Ahmad berkata, "Sesungguhnya kualiti keislaman seseorang adalah tergantung pada kualiti ibadah solatnya. Kecintaan seseorang kepada Islam juga tergantung pada kecintaan dalam mengerjakan solat. Oleh karena itu kenalilah dirimu sendiri wahai hamba Allah! Takutlah kamu jika nanti menghadap Allah Azza Wa Jalla tanpa membawa kualiti keislaman yang baik. Kerna kualiti keislaman dalam hal ini ditentukan oleh kualiti ibadah solatmu" (Ibn al Qayyim, ash Sholah, hal 42 dan ash Sholah wa hukmu taarikihaa, hal 170-171)

Maka, hijrahlah..

Hijrahlah dan realisasikan janji Tuhan bahawa sebenarnya solat itu sebenarnya adelah benteng dan pagar pada diri kita untuk melakukan drpd melakukan perkara yg keji dan mungkar.. Muhasabah kembali,lihat dan check sejauh mana solat yg kita telah lakukan selama ini atau mungkin solat yg kita lakukan di akhir waktu itu atau pun mungkin solat yg kdg2 kalu rajin kita lakukan,kalu malas kita tidak lakukan itu dapat menahan diri kita,gelodak nafsu kita, hati kita yg ia merupakan pagar yg Allah telah pagarkan pd diri kita agar tidak melakukan perkara2 mungkar atau sekadar pintu pagar yg boleh dibuat lubang kemudian hari esok semula ditutup dan kemudian dibuat lubang semula. Tepuk dada, tanya iman kita~

Wallahulam..



0 ulasan: