Selasa, 23 Jun 2009

Haid dan istihadah..



Haid merupakan salah satu bentuk kurniaan dan nikmat dari Allah kepada kaum Hawa.. Kewujudan darah haid pada wanita tersebut merupakan tanda bahwa keupayaan wanita trsebut utk memiliki keturunan.. Terdapat sebilangan dari kalangan kita mempunyai kekeliruan terhadap darah haid (darah kebiasaan wanita). Di sini, cuba untuk menjelaskn sedikit sebnyak mengenai kekeliruan yang di hadapi. Moga mndpt istifadah bersama.


Kekeliruan antara haid dan istihadah.

Kebiasaanya darah istihadah mempunyai zatnya yg tersndiri dan tidak sama dengan haid yg biasa di alami oleh wanita. Istihadah sebenarnya adelah sejenis darah penyakit yg menimpa kaum hawa dari perbuatan syaitan yang ingin menimbulkan keraguan dan syak wasangka dlm pelaksanaan ibdah kita kepada Tuhan. Jelas dpt dilihat melalui:

Kata Al Imam As Shan’ani dalam Subulus Salam (1/159): “Makna sabda Nabi: (’Yang demikian hanyalah satu dorongan/gangguan dari syaithan’)

” Al Imam As Shan’ani melanjutkan: “Hal ini tidak menafikkan sabda Nabi yang mengatakan bahwa darah istihadlah dari urat yang dinamakan ‘aadzil karena dimungkinkan syaithan mendorong urat tersebut hingga terpancar darah darinya.” (Subulus Salam 1/159)

Bagaimana utk membezakanya?

Sebenarnya jika kita ingin membuat perbezaa antara darah hadi dan istihadah adalah darah haid merupakan darah yg di alami wanita yg normal dan asal nya keluar dr rahim , manakala istihadah keluar kerana pecah uratnya. Selain itu, kita dapat lihat bahawa, darah haid umumnya hitam dan merah pekat sedangkan darah istihadah umumnya merah cair atau merah segar.

Zat darah haid juga lebih kental berbanding darah istihadah adalah sebaliknya dan bau untuk darah haid lebih berbau berbanding dengan darah istihadah

Berdasarkan ucapan Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam kepada Fathimah bintu Abi Hubaisy,
“Apabila darah itu darah haid maka dia berwarna hitam yang dikenal. Apabila demikian berhentilah dari shalat. Namun bila bukan demikian keadaannya berwudlulah dan shalatlah karena itu adalah darah penyakit.” (HR. Abu Daud, An Nasa’i, dan lain-lain. Dishahihkan oleh As Syaikh Al Albani rahimahullaah)


Maroji3:

1. Darah yang Menimpa Wanita, [MUSLIMAH Rubrik Kajian Kita Edisi 37/1421 H/2001 M], Ummu Ishaq Zulfa Husein Al Atsariyyah.


2. Istihadlah, [MUSLIMAH Edisi 41/1423 H/2002 M Rubrik Kajian Kita ]., Ummu Ishaq Zulfa Husein Al Atsariyah.


3. Risalah fi Ad Dima’ Ath Thabi’iyyah lin Nisa’ (Terj. Darah Kebiasaan Wanita), Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin.


4. Darah Kebiasaan Wanita, rekaman dauroh, al Ustadz Ibnu Yunus.

0 ulasan: